
TINJAUAN MAKLUMAT MAHASISWA UniKL KAMPUS SELANGOR YANG TERJEJAS BENCANA BANJIR PADA 18 OGOS 2021, DI SEKITAR YAN, KEDAH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kawasan di sekitar Yan, Kedah telah dilanda banjir besar ekoran fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai sehingga menjejaskan masyarakat setempat.
Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Tabung Zakat UniZ@UniKL kampus UniKL Selangor dan Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (SRC) ingin membuat tinjauan terhadap mahasiswa/i khususnya kepada mahasiswa kampus Selangor yang terjejas akibat musibah ini. Jika anda atau kenalan merupakan salah seorang yang terkesan, anda diminta untuk mengisi maklumat di bawah bagi memudahkan urusan koordinasi pengumpulan data dan proses penyaluran bantuan yang berkaitan.
https://bit.ly/FeedbackBanjirYanKedah
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Zakat UniZ@UniKL & SRC
Tarikh tutup maklumbalas : 31 Ogos 2021, jam 12.00pm

Zainin Osman
Zainin Osman